PROJEK PEMBANGUNAN

Harbour Gateway Sdn. Bhd. berhasrat memajukan Kuala Lukut dengan projek pembangunan pelabuhan Harbourport Malaysia. Projek ini terbahagi kepada dua iaitu :

* Pembangunan Kawasan Industri

Mengandungi sebuah jeti berunjur ke arah air masin sepanjang 5 km (kedalaman laut adalah 60 meter dari permukaan air), 3 buah pelantar berkeluasan 2,000 – 6,000 meter persegi untuk kargo, depoh penyimpanan kontena berkeluasan 50 ekar, satu gudang penyimpanan  segar  berkeluasan 10  ekar yang mengandungi cold  room dan  fresher, 3 buah gudang tertutup berkeluasan 10 ekar, jalan masuk 4 lorong dan menaiktaraf jalan sedia ada serta fasiliti berkaitan, satu pejabat pentadbiran setingggi 5 tingkat berkeluasan 2,000 meter persegi di setiap tingkat, satu pejabat kastam, satu pejabat polis, satu pejabat polis maritim, satu pejabat imigresen, satu pencawang elektrik (SSU), sebuah surau/masjiddan tempat penyelenggaraan kapal bersaiz sederhana yang berkeluasan 10 ekar.

* Pembangunan Komersil Manakala untuk komersil pula, satu jeti penumpang pelantar seluas 6,000 meter persegi dengan satu laluan khas serta fasiliti untuk penumpang, satu bangunan pentadbiran, kaunter tiket, ruangan pemeriksaan imigresen, tempat menunggu dan tempat rehat disertai dengan kelengkapan-kelengkapan yang berkaitan disamping menjadi daya tarikan pelancong.