HARAPAN PENGARAH

Salam Sejahtera.

            Sejajar dengan pembangunan dan peningkatan ekonomi masa kini, Harbour Gateway Sdn. Bhd. sedang mengorak langkah ke hadapan dengan mempunyai perancangan mega dimana syarikat akan membangunkan sebuah pelabuhan yang kondusif di Kuala Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan iaitu Harbourport Malaysia. Topografi di Malaysia memiliki garis pantai sepanjang 4,675 km termasuk 2068 km sebahagiannya adalah di Semenanjung Malaysia. Kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia yang bersempadanan dengan Selat Melaka akan menyokong dan menjadikan kedudukan Harbourport Malaysia sebagai pelabuhan yang strategik dan berdekatan dengan laluan utama perdagangan dunia. Ini akan menjadikan Harbourport Malaysia sebagai sebuah platform maritim yang penting.

            Hasrat Harbour Gateway Sdn. Bhd adalah merealisasikan Harbouport Malaysia sebagai hub logistik pilihan dan pusat maritim serantau. Pengisian dalam pembinaan pelabuhan adalah termasuk membina kapisiti, menggalakkan penggunaan teknologi maklumat untuk meningkatkan kecekapan dan permintaan pelanggan dalam ekonomi digital, mewujudkan persekitaran yang mesra pelanggan dan membangunkan modal insan untuk produktiviti yang lebih tinggi.

            Harbourport Malaysia dijangka akan terus berkembang sebagai pintu gerbang perdagangan global yang mampan, makmur, inovatif, berupaya dan berdaya tahan untuk kepentingan bersama semua pihak. Dengan asas yang kukuh serta keyakinan tinggi, Harbouport Malaysia akan mencapai sasaran yang ditetapkan pada masa akan datang. Perancangan ini juga secara tidak langsung dapat membantu pembangunan kawasan Malaysia Vision Valley (MVV) yang berhampiran selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Pengarah Syarikat